Posts

Showing posts from March, 2022

KERJAYA MENITI JAYA

Image
           Kerjaya merupakan perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Pada zaman modernisasi ini, skop pekerjaan semakin meluas dan menjadi lebih mencabar kerana terdapat banyak saingan yang pakar dalam pelbagai bidang. Kita boleh memilih sama ada ingin bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Dengan generasi muda yang kini lebih pakar dalam bidang teknologi, tidak mustahil pekerjaan baharu dapat diwujudkan dan dimajukan. Persoalannya, apakah persediaan yang perlu disiap siagakan oleh generasi kini bagi mencapai kerjaya impian mereka?     Dalam zaman yang penuh dengan mahasiswa, saingan untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan amatlah sengit. Seseorang pekerja wajarlah mempunyai keputusan yang sangat cemerlang bagi membuktikan bahawa dia mampu untuk menjalankan tugas dengan baik. Para pelajar wajarlah memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang yang ingi...